Friday 15 November 2013

LATARBELAKANG SEKOLAH

SEJARAH
  • Sebuah sekolah yang berada di bawah pentadbiran YAYASAN ISLAM NEGERI KELANTAN.
  • Bertempat di kg.Lalang Luas Joh Labok.
  • 6km dari Bandar Machang, berhampiran di sekolah Menengah Sains Machang dan sekolah Kebangsaan Labok.
  • Dibina di atas tanah 7 ekar,dan menempatkan dua bangunan.
  • mempunyai 26 orang guru(16 lelaki dan 10 perempuan)  dan 513 orang pelajar.17 orang guru agama dan 9 akademik.Manakala bukan akademik 9 orang.
FALSAFAH
  • Bahawasanya kami pendidik di sekolah ini mempunyai keupayaan dan kebolehan ikhtisas unutuk memberi pendidikan yang sempurna dan bermutu bagi memajukan pelajaran dan meningkatkan kerohanian murid di sekolah kami.
  •  Bahawasanya kami guru di sekolah ini berpendapat iaitu hubungan diantara guru dan ibubapa adalah satu jalan utama mencapai citi-cita bagi meningkatkan pelajaran murid-murid dengan cara bermuafakat diantara kedua pihak.
  •   Bahawasanya kami guru disekolah ini memandangkan akhlak mereka adalah menjadi jalan pengukur kemajuan murid dan akan berusaha menentukan murid disekolah ini akan meninggikan akhlak mereka dan demikian akan belajar dengan lebih mulia lagi.
    FALSAFAH PENDIDIKAN YIK
  •         Ialah pendidikan islam sebagaimana yang terangkum dalam istilah terbiah, ta’alim ialah pendidikan Islam sebagaimana yang terangkum dalam istilah tarbiah, ta’alim, irsyad dan tadris adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu muslim sebagai hamba Allah dan khalifah-Nya di bumi secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan seimbang dari segi rohani, a’qaliah, akidah, emosi dan jasmani berdasarkan kepada ajaran Islam. Usaha ini adalah bagi melahirkan muslim yang beriman, berakhlak mulia, berpengetahuan dan beramal soleh dan layak berkhidmat unutuk membangun keluarga, masyarakat, negara dan umat.

No comments:

Post a Comment