Friday, 15 November 2013

LATARBELAKANG SEKOLAH

SEJARAH
  • Sebuah sekolah yang berada di bawah pentadbiran YAYASAN ISLAM NEGERI KELANTAN.
  • Bertempat di kg.Lalang Luas Joh Labok.
  • 6km dari Bandar Machang, berhampiran di sekolah Menengah Sains Machang dan sekolah Kebangsaan Labok.
  • Dibina di atas tanah 7 ekar,dan menempatkan dua bangunan.
  • mempunyai 26 orang guru(16 lelaki dan 10 perempuan)  dan 513 orang pelajar.17 orang guru agama dan 9 akademik.Manakala bukan akademik 9 orang.
FALSAFAH
  • Bahawasanya kami pendidik di sekolah ini mempunyai keupayaan dan kebolehan ikhtisas unutuk memberi pendidikan yang sempurna dan bermutu bagi memajukan pelajaran dan meningkatkan kerohanian murid di sekolah kami.
  •  Bahawasanya kami guru di sekolah ini berpendapat iaitu hubungan diantara guru dan ibubapa adalah satu jalan utama mencapai citi-cita bagi meningkatkan pelajaran murid-murid dengan cara bermuafakat diantara kedua pihak.
  •   Bahawasanya kami guru disekolah ini memandangkan akhlak mereka adalah menjadi jalan pengukur kemajuan murid dan akan berusaha menentukan murid disekolah ini akan meninggikan akhlak mereka dan demikian akan belajar dengan lebih mulia lagi.
    FALSAFAH PENDIDIKAN YIK
  •         Ialah pendidikan islam sebagaimana yang terangkum dalam istilah terbiah, ta’alim ialah pendidikan Islam sebagaimana yang terangkum dalam istilah tarbiah, ta’alim, irsyad dan tadris adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu muslim sebagai hamba Allah dan khalifah-Nya di bumi secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan seimbang dari segi rohani, a’qaliah, akidah, emosi dan jasmani berdasarkan kepada ajaran Islam. Usaha ini adalah bagi melahirkan muslim yang beriman, berakhlak mulia, berpengetahuan dan beramal soleh dan layak berkhidmat unutuk membangun keluarga, masyarakat, negara dan umat.

PROGRAM TERKINI 2015

UJIAN PENGESANAN 1 BULAN MAC

Bermula 04 Mac hingga 12 Mac 2015

 PERTANDINGAN SUKAN PERINGKAT SEKOLAH..MSML
PESKO MSML 2015

TARIKH : 25 FEBRUARI 2015
HARI  : RABU
TEMPAT : MSML


Bermula dengan acara Merentas Desa yang disertai oleh semua pelajar setiap pasukan.
Acara sukan padang..bola sepak,bola tampar..sepaktakraw..
Pertandingan perbarisan..
Pertandingan khemah tercantik..



PERTANDINGAN SUKAN ILMIAH PERINGKAT SEKOLAH MSML 2015

TARIKH : 05 FEBRUARI 2015
HARI       : KHAMIS
TEMPAT : DEWAN UTAMA MSML DAN MASJID MSML













PERTANDINGAN KHAT /PERTANDINGAN SYARAHAN/PERTANDINGAN AZAN





PERMOHONAN MASUK PELAJAR TINGKATAN SATU 2015 MSML

1.1  Murid-murid tahun VI SK/SRK/SRJK/SRI atau setaraf dengannya yang lahir pada tahun 2002 adalah layak memohon masuk Maahad /Sekolah Menengah Ugama (Arab) Yayasan Islam Kelantan.

1.2  Borang permohonan boleh didapati di Maahad Syamsul Maarif Lelaki Labok, berharga RM3.00 sahaja.

1.3  Keputusan UPSR adalah diambil kira.

1.4  Permohonan dibuka mulai
13 Oktober 2014 (Isnin)


UJIAN KEMASUKAN/ PENGASINGAN KELAS:

2.1 Semua pemohon wajib menduduki Ujian Kemasukan /Pengasingan Kelas.

2.2 Tarikh dan masa Ujian Kemasukan/Pengasingan Kelas akan ditetapkan oleh pihak sekolah.
      (dicatat dalam Kad Kemasukan Ujian)

2.3 Perkara yang diuji :
      
       2.3.1 Ujian Lisan :
                 Al-Qur’an   - 60 markah
                 Jawi            - 40 markah

      2.3.2 Ujian Bertulis :     
                Jawi , Al-Qur’an dan Asas Pengetahuan Agama Islam 
                - 100 markah
2.4 UPSR

2.4.1 Salinan keputusan UPSR, Surat Beranak dan Kad Pengenalan pemohon hendaklah diserah ke pejabat sekolah sebaik sahaja keputusan UPSR diumumkan.

2.4.2 Kelayakan paling minima ialah sekurang-kurangnya 2A.

2.4.3 Keputusan UPSR :
         
                  A  = 10 markah
                  B   =  5 markah

KEPUTUSAN

Keputusan ujian akan diumumkan oleh pihak sekolah pada 11.12.2014


 PENGESAHAN

           Pemohon yang berjaya dikehendaki  membuat pengesahan  dipejabat sekolah dan mengambil Borang Pendaftaran dan maklumat yuran persekolahan.

LAPOR DIRI

          Pemohon yang berjaya dikehendaki melapor diri di Maahad Syamsul Maarif Lelaki sehari sebelum sesi persekolahan bermula.
 


 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-16 DAN
 MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR TAHUN 2013

DIRASMIKAN OLEH : Y.B Dato' Mohamed FadZLI
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan Dan Pengajian Tinggi Kerajaan Negeri Kelantan.
PADA : 16 April 2014
TEMPAT : DEWAN UTAMA MSML


Tuan Pengetua menyambut ketibaan Y.B Dato' Fadzli



Gambar bersama YB.Dato'Fadzli,Pengerusi PIBG,Timb.Pengarah YIK,ADUN Machang,dan warga MSML



MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PIMPINAN PELAJAR MSML 2014
Dirasmikan oleh : Yang Berhormat Tuan Haji Zulkifli B. Mamat
Tempat : Dataran MSML
Tarikh   : 27 Jan 2014 (Isnin)






CARTA ORGANISASI SEKOLAH